Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pokok Bucida ini ditanam secara meluas di Selatan Florida. Ada juga sumber yang mengatakan pokok Bucida ini berasal dari Florida namun telah dipertikaikan.
Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pelbagai jenis lanskap namun pokok ini juga amatlah sesuai ditanam pada landskap di jalan protokol. Contohnya di jalan-jalan utama menuju ke bangunan-bangunan kerajaan, di dalam kampus universiti.
Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol.
Pokok Bucida Molineti pula terbahagi kepada dua jenis saiz. Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil. Bagi pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar biasanya ditanam di tepi manakala yang hidup bersaiz kecil biasanya ditanam di dalam rumah sebagai perhiasan. Pokok bucida yang besar mempunyai batang yang keras. Manakala pokok bucida yang bersaiz kecil mempunyai batang yang lembut.
Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Setelah berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.


If possible, can u describe further what kind of the small 'bucida' and the big 'bucida' cause im in the middle of proposing the plant for landscape project n im curious about their varietiness.
BalasPadam"Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil".
big bucida - daunya berwarna hijau pekat & small bucida daunya berwarna hijau cair bercampur kekuning-kuningan,, seperti gambat diatas
BalasPadamBucida besar lazymnya merujuk kpd : Bucida molineti
BalasPadammanakala bucida kechik merujuk kpd : Bucida molineti variegated
Bagaimana menghapuskan ulat bulu yang menyerang pokok bucida kecil saya yang telah tumbuh 4 layar tinggi? Terima kasih..
BalasPadamSalam, nak bg dia bertingkat perlukan cantasan ke, atau pokok tersebut mmg akan sendiri membentuk layers. Terima kasih.
BalasPadam