Nokia hari ini memperkenalkan smartphone terbaru mereka, Lumia 920 dengan sistem operasi Windows Phone 8. Menggunakan cip pemprosesan dual-core 1.5GHz Snapdragon S4, skrin melengkung 4.5 inci dengan teknologi PureMotion HD+, bateri berkapasiti besar 2000mAh, NFC, kamera pureview 8 megapixel dan ‘wireless charging’ (mengecas tanpa wayar). Walaubagainapun, pengecas tanpa wayar tersebut perlu dibeli secara berasingan dan tidak didatangkan sekali di dalam kotak.
Aksesori pengecas tanpa wayar (wireless charging)
Sedikit mengecewakan, kamera pureview yang terdapat pada Lumia 920 ini bukanlah 41megapixel seperti Nokia 808, tetapi hanya 8 megapixel sahaja. Nokia bagaimanapun menjanjikan gambar yang lebih baik berbanding semua smartphone yang berada di pasaran terutamanya ketika kurang pencahayaan.
Nokia Lumia 920
Lumia 920 menggunakan rekabentuk yang hampir sama dengan Lumia 800, cuma lebih besar dan warna yang berbeza. Harga dan bila akan mula dijual masih belum diketahui setakat ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan